Sunday, May 24, 2009

Ferguson mula bimbang kelebihan Barcelona


MANCHESTER - Pengurus Manchesters United, Sir Alex Ferguson percaya Barcelona memiliki sedikit kelebihan ke atas pasukannya menjelang perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah di Rome, awal pagi Khamis ini.

Juara Sepanyol itu beraksi dalam perlawanan terakhir liga domestik menentang Osasuna semalam, sedangkan United perlu turun bertemu Hull City di Stadium KC hari ini.

Rehat lebih panjang yang dimiliki Barcelona mampu memberi kesan dalam tempoh genting, biarpun Ferguson dijangka tidak menurunkan sebahagian besar tonggak utamanya dalam pertemuan dengan Hull.

Ferguson percaya, perlawanan terakhir liga domestik sepatutnya diadakan 24 jam lebih awal, sekali gus ia juga tidak memberi alasan buatnya untuk menurunkan pasukan lemah berdepan Hull, yang perlu menang untuk kekal dalam kancah Liga Perdana England musim depan.

"Barcelona akan beraksi pada malam Sabtu, sedangkan kami beraksi pada hari Ahad. Hanya ada satu perlawanan di negara ini yang diadakan pada hari Ahad iaitu playoff Liga Dua.

"Pasukan England telah beraksi dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah sejak empat tahun lalu, jadi bukanlah terlalu sukar buat pihak Liga Perdana merancang jadual perlawanan mereka.

"Mereka boleh meletakkan seluruh program perlawanan akhir pada hari Sabtu. Itu mampu membantu kami,'' katanya

Haha..aku skong Barcelona..biasela..fans Liverpool wajib benci Man Utd..heheh..

No comments:

Post a Comment

Layan...